Hanis berasa lega sangat kerana Final Examnya sudah habis. Ni semua berkat dorongan Unaa dengan Prof Akmal. Aik?aik? Prof Akmal? Hahahah. Prof Akmal dan Hanis sedang bahagia sekarang. Lepas graduate, Prof Akmal janji nak ajak Hanis kahwin. Itu lah satu-satunya Professer yang paling muda di UKM. Bertuah Hanis dapat memiliki hati seorang Professer.
Unaa pula? Dia berkerja sebagai penyiasat insurans di ofis ayahnya sendiri. Hubungan dia dengan Farid semakin berjauhan. Unaa akan mengutus surat bersama Farid. Prof Akmal adalah postman mereka. Unaa akan mendapat surat daripada Farid melalui Hanis. Farid pula sedang menyambung pelajarannya di India dalam bidang doktor. Maklumlah nak jadi doktor terhensem kat dunia dan di mata Unaa.
2 tahun kemudian, Hanis telah selamat diijab kabulkan dengan Prof Akmal. Hubungan Unaa dan Farid bagaikan tergantung. Sudah berapa kali Unaa cuba mengirim surat kepada Farid tapi satu pun dia tidak berbalas. Unaa kecik hati dengan perbuatan Farid. Unaa menjangkakan yang dia ditinggalkan oleh Farid. Kesedihannya langsung tidak diketahui oleh Hanis. Dia ingin kawannya melihat dia bahagia. Keluarga Unaa langsung tidak mengetahui tentang hubungan Unaa dan Farid.
Hari ini,13 Mei , genap usia Fajaratul Husna mencecah 27 tahun. Majlis hari jadinya disambut meriah oleh keluarga tersayang dan rakan-rakan yang terdekat. Unaa sudah menjangkakan dari awal bahawa Farid Izzudin tidak turut serta dalam majlis ini. Tiba-tiba Puan Qiela membuat satu pengumuman.
“perhatian kepada semua tetamu yang hadir, sila berkumpul di ruang tengah ini.”
Unaa yang tadinya leka bersembang dengan rakan-rakannya rasa tidak senang dengan arahan ibunya. Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba nak panggil. Dia dapat menjangkakan ada perkara buruk yang akan berlaku terhadap dirinya. Puan Qiela menyambung ucapannya.
"Saya rasa anak dara saya sudah cukup umur untuk berkahwin. Saya telah bersetuju dengan Datin Maimun untuk menjadikan anak Datin sebagai menantu saya. Saya rasa Haikal adalah calon suami terbaik buat Unaa"
Unaa rasa ada satu batu yang besar telah menhempaknya. Rakan-rakan Unaa yang lain juga terkejut dengan ucapannya Puan Qiela sebentar tadi. Tambah-tambah si Hanis tu.
Hanis : Weh, mak kau tak tau ke yang kau kawan dengan Farid? Mana Farid weh? Dah lama aku tak nampak dia.
Unaa cuba menahan air matanya yang bila-bila masa akan jatuh. Hari ini adalah hari yang paling teruk bagi Unaa. Para tetamu yang hadir gembira dengan pengakuan ibunya sebentar tadi. Ruang tamu di banglo mewah Puan Qila itu bising dengan tepukan para tetamu kecuali rakan-rakan Unaa yang tahu hubunganya dengan Farid. Unaa baru hendak membuka mulut untuk bertanyakan sesuatu pada ibunya tiba-tiba Datin Maimun menarik tangan Unaa untuk berjumpa dengan anaknya. Unaa terpinga-pinga dengan tarikan tersebut. Datin Maimun membawa ke taman mini di belakang rumah Unaa. Dia meninggalkan Unaa keseorangan di situ.
Bersambung.....