AFRINAKINGDOM
Welcome to my FanFic

Afrina Weasly

Hye.I'm Afrina Weasly.
My boyfriend is Ronald Weasly, popular as Ron and Harry Potter's bestfriend.
We are very fall in love.
So,don't you dare take him from me or I can ask Harry Potter to curse you.
I'm studied at Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry with them.
Emma Watson is my bestfriend.LOL.

MILIKKU SELAMANYA
#Sinopsis12345678910


Hello ! (;


Credits
Edited by Livian of hearts-bomb.bs.com
Basecode by Elle of satellit-e.bs.com
Icons from happyj-umping



Monday
#Milikku Selamanya 5



“Fajaratul Husna yang saya sayang, awak sudi tak jadi girlfriend kita? Nanti kalau kita dah kerja apa semua, kita kahwin ek? Kita janji akan jaga awak baik-baik. Entah macam mana saya tersayang awak, tapi saya suka nyakat awak. Awak lah suria hari dan malam saya. Awak sudi tak?” Unaa tergamam membaca pesanan ringkas dari Farid. Dalam hati sempat dia mengutuk Farid, ‘aihh, lembut pulak ke? Tak romentik langsung mintak kat sini. Alang-alang dah duduk sesama ni tanak pulak dia luahkan rasa hati dia’

Ketika itu Farid berada di dalam kereta. Menyorok la katakan. Pemalu jugak mamat ni. Dia menunggu Unaa membalas pesanan ringkasnya dengan penuh kesabaran. Tiba-tiba deringan telefon bimbit Farid pula berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Farid menjerit di dalam hati dan berdoa sebelum dia membuka pesanan ringkas daripada Unaa.

‘Ya Allah, harap-haraplah dia terima aku. Aku sayang sangat kat dia’

Dengan penuh senyuman Farid membaca pesanan ringkas daripada Unaa.

“seribu kali saya sudi awak. Terima kasih sebab sayang saya. Saya pun sayang awak. Cepat keluar dari kereta tu! Saya tengok tak macam Farid yang saya kenal sebelum ni. Yang gentlemen”

Farid gembira tak terkata. Dia mencapai sejambak bunga tulip yang dia telah tempah sebelum berjumpa dengan Unaa. Dia tahu itu bunga kegemaran Unaa. Bagaimana dia tahu? Siapa lagi yang bagitahu kat dia kalau bukan Hanis si mulut becok.

Farid : Hye sayang.

Unaa : Ngada awak ni. Meh duduk sini.

Farid : Jaaaap, naaah !

Farid menghulurkan sejambak bunga tulip kepada Unaa serta teddy bear saiz M :D Unaa menyambut pemberian Farid dengan senyuman penuh manis.

Unaa : Thanks awak. Saya tau mana awak tau bunga feveret ni. Ni mesti kerja Hanis kan?

Farid : Ye lahh tuu. Unaa, thanks ya lengkapkan hari abang dengan kehadiran Unaa.

Unaa : Amboih, ber-abang dah. Sama-sama kasih sayang.

Pada ketiku itu, mereka dapat merasakan yang dunia ini milik mereka. Sangat bahagia tak terkata. Sudah pukul 11.30 pagi. Selamat hari ini cuaca mendung. Tak ada lah rasa bahang matahari yang panas seperti hari biasa.

Selepas mereka sarapan di puncak bukit, Farid menghantar Unaa pulang ke asramanya. Ketika Unaa masuk ke bilik, dia begitu terkejut melihat bilik yang bersepah dan berterabur. Dia ternampak susuk tubuh Hanis di bawah kain selimut. Unaa menjadi hairan. Tambah hairan bila mendengar tangisan Hanis.

Bersambung……..