Pembantu Encik Farid : Zataaaa ! Silakan ....
Farid : Assalamualaikum.....
Unaa dan Zata menjawab serentak , "Waalaikumussalam doktor"
Farid memandang tepat biji mata Unaa. Dia dapat merasakan dia pernah mengenali perempuan yang berada di hadapannya sekarang suatu ketika dahulu.
Farid : Err , puan . Boleh saya tanya sesuatu sebelum saya melakukan pemeriksaan terhadap anak puan?
Unaa : Boleh doktor. Silakan.
Farid : Boleh saya tahu dulu puan sekolah rendah di mana dan sambung belajar di universiti mana?
Unaa : Ohh, saya belajar di SK Batu Tikam dan sambung Ijazah saya di UKM. Kenapa doktor?
'Ohh , tidak salah lagi. Mesti dia anak Cikgu Qiela. Haii Fajaratul Husna, kita jumpa juga akhirnya kann...' kata Farid di dalam hati.
Zata : Doktor ? Ohh doktor ? Saya sakit ni doktor.
Unaa : Zata, apa cakap macam tu kat orang tua. Mama tak ajar pun kan?
Zata : Sorry mama.
Farid tersentak dari lamunannya.
Farid : Tidak mengapalah puan. Okeei, adik sakit apa?
Di dalam hati Zata , 'gatal punya doktor.nak ngorat mama aku la tu'
Selepas selesai pemeriksaan.....
Unaa : Doktor, boleh saya tanya satu soalan? Saya hendak memastikan yang saya tak salah orang.
Farid : Apa dia puan?
Unaa : Awak ni Farid Izzudin ke? Ketua kelas 1 Merah yang selalu kena marah dengan Cikgu Qiela dannnnnnnnn....
Farid : Ya Unaa . Ni saya , Farid. Hyee , jumpa jugak kita kan?
Izzah : Sayang, kenapa lambat? Ain dah telefon saya kata awak mungkir janji.
Farid : Kenapa awak main masuk je? Kan saya ada pesakit ni?
Izzah : Pesakit ke atau bekas girl friend hah?
Unaa : Doktor, puan , saya minta diri dulu yaaaa. Assalamualaikum.
Farid menjawab salam dari Una tetapi Izzah tidak.
Farid : Awak ni biadap la depan pesakit. Nanti kalau saya dah tak ada pesakit, mana saya nak cari rezeki?
Izzah : Sudahlah, awak tu asyik berangan je.Biar saya je yang bawak Ain pergi beli mainan.
Dalam kereta Izzah, dua orang anak perempuannya sedang bergaduh.
Wani : Asal dengan kau ni manja sangat? Eh, gi mati ar weh. Selalu susahkan ayah. Ayah nak cari duit untuk kita kau boleh buat hal kan?
Tiba-tiba Izzah masuk ke dalam kereta tanpa Wani sedari.
Izzah : KAKAK ! Apa cakap dengan adik macam tu? Tak boleh cakap baik-baik ke? Dah, pergi tinggal dekat klinik ayah.
Wani : Ibu dengan ayah manjakan sangat lah dia. Besar-besar pijak kepala ibu baru tau.
PANGGGGGG !
Izzah : Kurang ajar ya Izzah sekarang. Eh, ibu tak pernah ajar pun ya anak ibu ni jadi kurang ajar? Jaga sakit mulut kamu ni Wani.
Wani : Yep betul. Tapi kenapa ibu kurang ajar dengan ayah boleh ?
Bupppp ! Bunyi hentakan pintu kereta dari Wani. Ain hanya diam dari tadi sehingga tiba di shopping complex.
Ketika dalam perjalan Unaa dan anaknya pulang ke rumah....
Zata : Zata tak suka laa mama sembang dengan doktor tadi. Tengok muka pun dah macam gatal semacam nak tanya itu ini.
Unaa : Zata, sejak bila ni pandai mengata orang tua? Tak baik tauu.
Zata : Ye lahhh mama. Kenapa la mama bela doktor yang kita tak pernah kenal? Zata ajak pergi klinik kampus yang murah tu mama tak nak. Zata dah demam kat rumah moyang ni baru nak cari klinik. Jumpa pulak klinik ex boyfren mama tu kan?
Unaa : Zata, jaga sikit mulut kamu tu. Biadap dah ya sekarang?
Zata tidak mahu meneruskan pertelingkahan dengan mamanya lagi. Dia terkenang budi jugak kepada mamanya yang ingin membawa dia ke klinik walaupun klinik jauh dengan rumah moyangnya.
Pada malam berikutnya, Unaa masuk ke bilik tidur pada pukul 9 malam. Zata menjadi pelik dan berkata di dalam hati, 'selalunya mama akan tidur pada pukul 1 2 pagi. Kenapa malam ni masuk tidur awal sangat? Kenapa mama tak bukak pun laptop dia malam ni? Mama tak sihat ke? Mama kecik hati lagi ke dengan aku?' Persoalan tersebut hanya biar di hati sahaja. Dia tidak mahu menganggu mamanya malam ini. Unaa baring di atas katil lalu memejamkan matanya sambil mengimbau kenangan ketika di Universiti dahulu.
Hari ini adalah hari derma darah di kampus. Biasanya aku adalah orang yang paling semangat di antara rakan-rakanku untuk pergi menderma darah. Kenapa? Aku pun tidak tahu. Aku selalu mengingatkan diri aku jika aku berada di tempat diorang dan tiada sesiapa pun ingin mendermakan darah kepadaku, pasti aku mati kehilangan darah. Selagi aku sihat, biarlah aku menolong mereka yang sakit.
Dalam perjalanan aku ke pusat kesihatan, tiba-tiba ada orang melanggarku dari arah belakang. "Opss, sorry-sorry. Aku dah janji dengan member aku nak pergi pusat kesihatan tapi aku dah terlambat pulak. Sorry sangat-sangat weh" Lelaki itu meminta maaf terlebih dahulu. Baguslah kalau dia sedar akan kesilapannya sendiri. "Tak apa,saya pun dalam perjalan ke sana jugak" , balasku . Lelaki itu menjawab, "Eh, kau budak yang tercalon sebagai naib presiden dpp kita kan? " . Aku terkejut dia mengenali diriku. Aku fikir dia tidak mengenaliku . Aku sambung perjalananku ke pusat kesihatan yang ditemani oleh si dia .
Farid : Ehh , kita belum kenal lagi kan? Nama kau sapa? Aku Farid Izzudin. Bakal doktor yang paling hensem kat dunia.
Aku tergelak mendegar penghujung ayatnya. Aku berasa senang untuk berkawan dengannya.
Unaa : Saya Fajaratul Husna. Bakal penyiasat yang paling lawa kat alam semesta.
Dia turut tergelak mendengar pujiaan aku terhadap diri sendiri.
Farid : Kau tak dek lah sombong sangat kan? Aku ingat orang yang lawan-lawan ni sombong gila. Maklumlah orang popular.
Unaa : Eh, saya tak sombong kei? Jangan nak samakan saya dengan orang lain?
Farid : Kawan-kawan kau tak teman kau ke pergi derma darah sekali? Aku tengok kau sensorang je?
Unaa : Ehh, saya pergi dengan kawan saya ni. Nampak tak ramai kat belakang tu? Kalau awak dah tau saya sensorang, asal tanya lagi? Diorang tu penakutlah .
Farid : Cehh , macam kau tuu berani sangat.
Unaa : Memang aku berani sangat dari diorang.
Kami sudah menjejakkan kaki ke dalam pusat kesihatan. Kelihatan tidak ramai pelajar yang berada di situ. Maklumlah kena suntik. Farid telah pun pergi ke kawan-kawannya dan meninggalkan aku keseorangan yang masih tercegat di depan pintu pusat kesihatan.
Bersambung.....