Riuh-rendah kelas 1 Merah ketika habis waktu rehat . Tambah bising lagi apabila cikgu tiada di dalam kelas tersebut . Siapa yang tak kenal dengan murid-murid di dalam kelas tersebut . Walaupun pandai , semua keras kepala hendak mengikut arahan pengawas dan ketua darjah . Hanya cikgu yang mereka takutkan di sekolah itu . Farid selaku ketua darjah sudah penat memberi amaran kepada mereka tapi mereka hanya buat tidak endah sahaja . Tiba-tiba Farid terdengar suara seorang budak mengutuknya dari belakang tapi dia tidak dapat mengenal pasti suara tersebut kerana kelas 1 Merah terlampau bising .
"Alaaah , setakat Ketua Kelas buat apa ? Macam boleh rotan kitaorang"
Farid terkenang nasibnya di kelas itu. Walaupun semua cikgu percaya kepadanya tetapi dia tiada mempunyai seorang kawan pun di sekolah tersebut . Dalam Farid sedang berangan tiba-tiba dia tersentak dengan satu tepukan di bahunya . Rupa-rupanya Cikgu Qiela sudah datang ketika dia sedang berangan . Dia menoleh ke dalam kelas dan mendapati kelas begitu sunyi sepi . Hanya kedengaran bunyi kipas sahaja ketika itu . Dia ternampak dua orang pelajar nakal di dalam kelasnya sedang berdiri di atas kerusi sambil menghafal sifir . Pasti mereka telah didenda oleh Cikgu Qiela kerana rajin berlari di dalam kelas sampai kelas bersepah. Maklumlah murid yang selalu mendapat nombor satu ketika berlari di padang. Tetapi dapat nombor corot ketika peperiksaan .
Cikgu Qiela : Kamu masih berangan lagi ke Farid walaupun saya sedang bercakap dengan awak? Ketua kelas saje kamu ni tapi tak reti jaga kelas .
Murid-murid di dalam kelas 1 Merah riuh rendah gelakkan Farid ketika dia dimarahi oleh cikgu Qiela . Dalam banyak-banyak cikgu, Cikgu Qiela sahaja yang tidak senang dengan Farid. Setiap kali waktu cikgu Qiela, Farid sentiasa disindir olehnya. Farid pun tidak tahu apa salah yang dia telah buat kepada cikgu Matematiknya itu.
Farid : Maafkan saya cikgu kerana tidak menjaga kelas ini dengan betul. Cikgu boleh denda saya kalau cikgu nak.
Cikgu Qiela : Memang saya nak pun. Awak diri tengah tapak perhimpunan tu, awak jerit satu sekolah Sifir 2. Sekarang !
Farid tidak bantah arahan cikgu Qiela. Dia terus pergi ke tapak perhimpunan dengan hati yang sebak. Sifir 2 tiada masalah baginya walaupun dia masih darjah 1 kerana ayahnya telah mengajarnya dari awal lagi. Cikgu-cikgu yang nampak Farid di tengah-tengah tapak perhimpunan tersebut sudah tahu yang dia pasti di denda dengan cikgu Qiela . Kalau bukan cikgu Qiela, siapa lagi yang ingin mendenda budak bijak sepertinya?
Ain : Ayahhhhhh! Jom laaa, jom laaaaaaaa! Apa ayah ni asyik pandang luar tingkap tu. Bukan ada apa pun!
Farid : Eh Ain nak pergi mana? Ayah lupa laa. Ain, kan ayah banyak kerja ni. Kenapa tak suruh ibu?
Ain : Ibu lagi banyak kerja. Ayah ni selalu lupa. Kata nak bawak Ain pergi beli mainan baru hari ni?
Farid : Ain, dengar sini. Ain good girl kan? Ayah ada pesakit tu. Kalau Ain sakit, doktor tak ada, sapa nak bagi ubat kat Ain? Kesian diorang Ain. Kalau Ain good girl, ayah beli 2 mainan untuk Ain.
Ain : Ye la. Tu je la alasan ayah.
Farid : Ain good girl kan?
Ain : Okeei. Ain tunggu kat belakang tu.
Farid sudah berada di dunia rialitinya semula. Dia mengeluh panjang sebelum menyuruh pembantunya memanggil pesakit seterusnya.
Bersambung...................